Serangan AS terhadap Hashd al-Shaabi di Iraq

Menurut laporan media tempatan, kumpulan Hezbollah Iraq juga disasarkan dalam serangan itu.

1377670
Serangan AS terhadap Hashd al-Shaabi di Iraq

 

Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara terhadap pasukan Hashd al-Shaabi, kumpulan payung puak Syiah yang bersenjata, di bandar-bandar Babil, Karbala, Saladin, Anbar dan di beberapa wilayah lain.

Menurut laporan media tempatan, kumpulan Hezbollah Iraq juga disasarkan dalam serangan itu.

Pihak berkuasa Iraq belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai serangan itu.

Selepas serangan peluru berpandu ke Pangkalan Tentera Taji di Baghdat, AS didakwa akan melakukan serangan balas dendam terhadap kumpulan-kumpulan bersenjata pro-Iran.

Kenyataan yang dibuat oleh Jabatan Pertahanan A.S. (Pentagon) mengenai isu tersebut, mengatakan bahawa di Iraq, 5 depo senjata milik organisasi Kata'ib Hezbollah telah disasarkan dan keupayaan mereka untuk melakukan serangan di masa depan ke atas pasukan AS, telah dikurangkan.

''Di antara kemudahan-kemudahan ini, terdapat juga gudang di mana senjata-senjata, yang digunakan untuk serangan ke atas pasukan AS dan pasukan gabungan, disimpan.'' Katanya.

Dalam kenyataan itu dikatakan bahawa serangan itu "berkadar" dan "untuk tujuan pertahanan".

"Kumpulan-kumpulan pengganas ini mesti menghentikan serangan mereka ke atas pasukan AS dan gabungannya. Jika tidak, mereka akan bersedia untuk membayar ini pada bila-bila masa dan tempat yang kami mahukan." Kata Pentagon.
 



Berita Terkait