Kematian Akibat Covid-19 di Iran Meningkat Kepada 12

Menteri Kesihatan Iran, Said Nemeki, menyampaikan laporan kepada Dewan mengenai kes Covid-19.

1365062
Kematian Akibat Covid-19 di Iran Meningkat Kepada 12

 

Di Iran, bilangan orang yang meninggal dunia akibat coronavirus jenis baru (Covid-19) meningkat kepada 12, manakala bilangan kes yang dikenal pasti cecah 47.

Menurut berita yang diterbitkan di televisyen negara Iran, Menteri Kesihatan Iran, Said Nemeki, menyampaikan laporan kepada Dewan mengenai kes Covid-19.

Laporan itu menyatakan bahawa jumlah orang yang meninggal akibat coronavirus meningkat kepada 12 dan bilangan orang yang dijangkiti virus mencapai 47 orang.

Sementara itu, Jurucakap Kerajaan Iran, Ali Rebii menafikan dakwaan bahawa "50 orang meninggal dunia di bandar Kum kerana Covid-19".

Menurut laman berita "mizanonline" Badan Kehakiman Iran, Rebii, pada sidang akhbar di ibu kota Tehran, mengatakan;

"Jumlah kematian telah meningkat kepada 12 selepas 4 lagi orang meninggal dunia semalam kerana Covid-19. Tuduhan bahawa 50 orang terbunuh akibat Covid-19 di Kum adalah palsu dan tidak mencerminkan kebenaran."

Ahmed Emirabadi, Ahli Parlimen Kum di Dewan Iran, mendakwa bahawa "Menteri Kesihatan berbohong kepada orang awam," dengan mengatakan bahawa "50 orang meninggal di bandar Kum hanya dalam 2 minggu yang lalu kerana Covid-19".

 



Berita Terkait