Para Wanita Iraq Anjur Bantahan di Baghdad

Para wanita yang memakai pakaian mewakili kain kafan, berterusan melontarkan slogan-slogan "Katakan Tidak untuk Amerika" dan menyatakan komitmen mereka kepada pemimpin mereka, Sadr.

Para Wanita Iraq Anjur Bantahan di Baghdad

 

Wanita Pro-Muqtada al-Sadr menganjurkan bantahan Pergerakan Sadr di Baghdad, ibukota Iraq.

Para wanita yang berkumpul di Wilayah Sadr di timur Baghdad selepas solat Jumaat, membawa bendera Iraq dan poster-poster pemimpin Syiah dan menganjurkan aksi jalan kaki.

Para wanita yang memakai pakaian mewakili kain kafan, berterusan melontarkan slogan-slogan "Katakan Tidak untuk Amerika" dan menyatakan komitmen mereka kepada pemimpin mereka, Sadr.

Di Baghdad pada hari sebelumnya juga beratus-ratus wanita berkumpul di Dataran Tahrir, membantah rasuah di kerajaan dan menuntut wanita untuk diberi hak bersuara untuk masa depan negara.

Pada demonstrasi semalam di Dataran Tahrir, slogan-slogan menentang pemimpin Syiah Sadr dilontarkan.

Berikutan peristiwa ini, Muqtada al-Sadr menyeru para wanita yang menyokongnya untuk mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat.

 



Berita Terkait