Coronavirus: 60 Kes Lagi Dikesan pada Kapal Pesiar yang Dikuarantin di Jepun

Di China, akibat wabak NCP angka kehilangan nyawa telah meningkat kepada 909 dan bilangan orang yang dijangkiti mencapai 40 ribu 171.

1356439
Coronavirus: 60 Kes Lagi Dikesan pada Kapal Pesiar yang Dikuarantin di Jepun

 

Seramai 60 kes dikesan pada kapal penumpang yang dikuarantin di Jepun kerana wabak NCP (pneumonia coronavirus baru) yang muncul di Wuhan, China.

Menurut berita di agensi berita Kyodo, jumlah orang yang dikesan mempunyai coronavirus pada kapal penumpang yang membawai seramai 3 ribu 700 orang penumpang, yang telah dikuarantin pada hari Selasa di Pelabuhan Yokohama, meningkat menjadi 130 orang.

Seorang pegawai dari Kementerian Kesihatan berkata 60 orang lagi didiagnosis dengan coronavirus, dan pemeriksaan untuk semua orang yang ada di dalam kapal sedang dirancang.

Kapal pesiar yang berlabuh di Pelabuhan Yokohama berhampiran ibu Tokyo, ibu negara Jepun, telah dikuarantin minggu lalu selepas coronavirus ditemui dalam penumpang asal Hong Kong yang sebelum ini melakukan perjalanan dengan kapal itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan "kecemasan" terhadap coronavirus jenis baru, yang pertama kali dikesan pada 12 Disember 2019 di Wuhan, wilayah Hubei China, dan tidak lama kemudian merebak ke bandar dan negara lain.

Di China, akibat wabak NCP angka kehilangan nyawa telah meningkat kepada 909 dan bilangan orang yang dijangkiti mencapai 40 ribu 171.

 



Berita Terkait