Angka Kematian Akibat Coronavirus Capai 80

Lapangan terbang di seluruh dunia telah mengetatkan pemeriksaan ke atas pelancong dari China dan banyak syarikat penerbangan telah menangguhkan penerbangan ke bandar Wuhan.

1348124
Angka Kematian Akibat Coronavirus Capai 80

 

Angka kematian akibat serangan baru coronavirus (2019-nVoC) di China, telah meningkat kepada 80 orang.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional, bilangan orang yang dijangkiti mencapai 2 ribu 744, 461 daripadanya dalam keadaan kritikal akibat coronavirus yang menyebar ke setiap negeri, wilayah autonomi dan wilayah pentadbiran khas, kecuali Wilayah Autonomi Tibet.

Di samping itu, 8 kes dikesan di Hong Kong, 5 di Macau dan 4 di Taiwan.

Sejumlah 5 ribu 794 kes yang disyaki juga telah dilaporkan oleh suruhanjaya kesihatan. Suruhanjaya itu berkata sejumlah 32 ribu 799 kenalan rapat telah dikesan, 30 ribu 453 daripadanya berada di bawah pemerhatian perubatan.

Sehingga hari ini, 51 orang yang pulih daripada jumlah mereka yang dijangkiti oleh wabak telah diperbolehkan pulang dari hospital.

Wabak pneumonia telah mengakibatkan 80 kematian, termasuk 76 di Wilayah Hubei dan satu di Shanghai, Henan, Hebei dan Wilayah Heilongjiang.

Virus yang berasal dari Wuhan City telah merebak ke 29 wilayah di China.

Lebih 30 kes telah dilaporkan di Jepun, Korea Utara, Korea Selatan, Thailand, Amerika Syarikat, Singapura, Perancis, Malaysia, Australia dan Vietnam.

Pada Ahad, Kerajaan China mengumumkan rancangan untuk memperluaskan cuti Tahun Baru Imlek yang pada asalnya dijadualkan berakhir pada 30 Januari.

Lapangan terbang di seluruh dunia telah mengetatkan pemeriksaan ke atas pelancong dari China dan banyak syarikat penerbangan telah menangguhkan penerbangan ke bandar Wuhan.


 



Berita Terkait