Angka Kematian Akibat Coronavirus Terus Meningkat

Wabak coronavirus telah menjejaskan 1.287 orang dan membunuh 41 orang.

Angka Kematian Akibat Coronavirus Terus Meningkat

 

Wabak coronavirus jenis baru (2019-nVoC)yang muncul di bandar Wuhan di China dan menyebar di seluruh negara, telah menjejaskan 1.287 orang dan membunuh 41 orang.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional, bilangan mereka yang terjangkit virus meningkat kepada 1.287, 237 daripadanya berada dalam keadaan teruk, dan jumlah kematian meningkat kepada 41 orang.

Walau bagaimanapun, sementara bilangan orang dalam kategori dicurigai dijangkiti virus telah meningkat kepada 1.965, 38 orang yang telah pulih dari wabak setakat ini, telah diperbolehkan pulang dari hospital.

13 ribu 967 orang yang terlibat dengan orang-orang yang terjejas virus telah diambil di bawah pemerhatian.

Di luar tanah besar China, kes jangkitan dijumpai 5 di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, 2 di Wilayah Pentadbiran Khas Macau, 3 di Taiwan, 4 di Thailand, 2 di Jepun, 2 di Korea Selatan, 2 di Amerika, 3 di Singapur, 1 di Nepal dan 2 di Perancis.

 



Berita Terkait