Iraq: ''Kami tidak akan Mengubah Keputusan untuk Mengusir Pasukan AS dari Negara Ini''

Pada sesi luar biasa di Parlimen Iraq yang diadakan pada 5 Januari, ia telah diputuskan oleh undi majoriti untuk mengusir AS dan pasukan asing lain yang ada di negara itu.

Iraq: ''Kami tidak akan Mengubah Keputusan untuk Mengusir Pasukan AS dari Negara Ini''

 

Pentadbiran Iraq mengumumkan bahawa ia tidak akan mengubah keputusan parlimen untuk "mengusir pasukan Amerika Syarikat (AS) dari negara ini".

‘’Kerajaan tidak akan mundur dari keputusan yang diambil oleh parlimen untuk mengusir pasukan AS dan pasukan asing lainnya dari negara ini.’’ Kata Jurucakap Media Jabatan Perdana Menteri Iraq, Vilyam Verde.

Terkait dakwaan bahawa kerajaan Iraq dengan AS telah menandatangai perjanjian baru yang memastikan pasukan tenteranya tetap berada di Iraq untuk tujuan memerangi Daesh, Verde berkata, ‘’Kerajaan tidak menandatangani perjanjian sedemikian."

"Parlimen telah mengambil keputusan cadangan untuk kerajaan." Kata Verde sambil menegaskan bahawa keputusan itu melibatkan pengusiran semua kuasa asing dari negara ini.

Pada sesi luar biasa di Parlimen Iraq yang diadakan pada 5 Januari, ia telah diputuskan oleh undi majoriti untuk mengusir AS dan pasukan asing lain yang ada di negara itu.

 



Berita Terkait