Diplomat Iran Berpengalaman: ''AS dan Iran Tidak Menginginkan Perang''

Bekas Duta Besar Afshar Soleimani, salah seorang diplomat Iran yang berpengalaman, menyatakan bahawa baik Amerika Syarikat (AS) maupun Iran tidak menginginkan perang

Diplomat Iran Berpengalaman: ''AS dan Iran Tidak Menginginkan Perang''

 

Bekas Duta Besar Afshar Soleimani, salah seorang diplomat Iran yang berpengalaman, menyatakan bahawa baik Amerika Syarikat (AS) maupun Iran tidak menginginkan perang, dan berkata bahawa masalah-masalah diantara kedua-dua negara boleh diselesaikan melalui jalan diplomatik.

Afshar Soleimani, yang membuat kenyataan kepada Anadolu Agency (AA), menyatakan bahawa selepas Iran menyerang pangkalan-pangkalan AS di Iraq, ucapan Presiden AS Donald Trump pada 8 Januari menunjukkan bahawa kedua-dua negara juga tidak menginginkan perang.

Soleimani berkata bahawa jika cara diplomatik berjalan dengan lancar maka suasana perang akan menghilang dan ini juga merupakan keadaan yang diinginkan oleh rakyat Iran.

Soleimani menegaskan bahawa bagi Iran masalah yang utama adalah sekatan-sekatan ekonomi.

‘’Jika AS mengurangkan sekatan-sekatannya dan memberikan peluang kepada penjualan minyak dan mencapai wangnya, maka peluang rundingan boleh muncul.’’ Katanya.

Menyatakan bahawa rakyat Iran menuntut perbaikan kecenderungan ekonomi di negara ini, Soleimani berkata bahawa Amerika Syarikat tidak boleh membahayakan lebih banyak lagi dengan sekatan baru, kerana kesan sekatan yang sebelumnya masih terus berlanjut.

Kenyataan pihak berkuasa Iran mengenai ‘’balas dendam’’ tidak bermakna mereka akan melaksanakannya, kata Soleimani.

"Saya tidak berfikir Iran akan melancarkan serangan baru. Ia hanya menunjukkan bahawa ia boleh melancarkan serangan. Namun ia tidak akan menganjurkan serangan baru." Tambahnya.

 



Berita Terkait