Presiden Rusia dan Angela Merkel Bincangkan Krisis Libya

Dalam satu kenyataan bertulis dari Istana Kremlin, Putin dilaporkan membuat perbualan telefon dengan Merkel.

Presiden Rusia dan Angela Merkel Bincangkan Krisis Libya

 

Presiden Rusia Vladimir Putin dengan Kanselir Jerman Angela Merkel membincangkan proses persediaan Persidangan Libya yang dirancang akan dianjurkan di ibu negara Jrman, Berlin.

Dalam satu kenyataan bertulis dari Istana Kremlin, Putin dilaporkan membuat perbualan telefon dengan Merkel.

Kenyataan itu berkata bahawa dalam perbualan telefon tersebut, Putin dan Merkel telah membincangkan krisis Libya.

"Semasa perbincangan telefon itu, proses persiapan Persidangan Berlin mengenai penyelesaian masalah Libya telah dibincangkan. Putin memberitahu Merkel tentang pembicaraan di Moscow dengan penyertaan para pihak di Libya.’’ Kata Kremlin.

 



Berita Terkait