Wabak Ebola di DRC, Kematian Capai 2.231

Wabak Ebola pertama kali muncul di DRC pada tahun 1976, dan tersebar di Afrika Barat pada Disember 2013.

1332014
Wabak Ebola di DRC, Kematian Capai 2.231

 

Di Demokratik Republik Congo (DRC), bilangan orang yang terbunuh akibat wabak ebola, yang bermula pada akhir bulan Julai tahun lepas, meningkat kepada 2 ribu 231.

Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan DRC, wabak yang mula terlihat di Utara Kivu pada akhir bulan Julai tahun 2018, 3 ribu 373 orang dikenal pasti terjangkit virus ebola.

Bilangan orang yang terbunuh akibat wabak itu mencapai 2 ribu 231 orang.

341 orang masih dalam perawatan.

Wabak Ebola pertama kali muncul di DRC pada tahun 1976, dan tersebar di Afrika Barat pada Disember 2013.

Di Guinea, Liberia dan Sierra Leone, kira-kira 30,000 orang dijangkiti virus Ebola dan lebih daripada 11,000 orang meninggal dunia dalam wabak yang terlihat pada tahun 2014-2017.

 



Berita Terkait