Memerangi Keganasan, 251 Anggota Tentera Nasional Syria Gugur

251 tentera ahli Tentera Nasional Syria terbunuh dalam usaha memerangi keganasan dalam operasi yang dilancarkan pada 9 Oktober.

Memerangi Keganasan, 251 Anggota Tentera Nasional Syria Gugur

 

Sejak 9 Oktober, 251 tentera ahli Tentera Nasional Syria, yang berupaya untuk memastikan keselamatan di kawasan-kawasan yang telah diselamatkan dari keganasan dengan Operasi Peace Spring, telah gugur.

Para tentera-tentera ahli Tentera Nasional Syria, masih terus bekerja pada Operasi Peace Spring yang sedang dijalankan oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) dengan aktiviti-aktiviti mencari dan memeriksa di kawasan-kawasan yang telah dibersihkan daripada para pengganas di daerah-daerah Tell Abyad dan Rasulayn.

251 tentera ahli Tentera Nasional Syria terbunuh dalam usaha memerangi keganasan dalam operasi yang dilancarkan pada 9 Oktober.

760 tentera juga telah cedera, sedangkan 1 tentera hilang.

Ratusan pengganas juga telah dineutralkan oleh Tentera Nasional Syria yang disokong oleh Angkatan Tentera Turki (TSK).

Tentera Nasional Syria telah memainkan peranan penting dalam Operasi Euphrates Shield dan Operasi Olive Branch dengan nama Free Syrian Army (FSA) dengan penyertaan yang meluas.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, dalam kenyataannya pada 19 November mengatakan, ''Tentera Nasional Syria merupakan pasukan pemberani dan mujahidin kami yang terus berjuang bersama para tentera kami di sana membela wilayah mereka serta berjuang terhadap mereka yang menyerang dan mengganggu negara kita.''

 



Berita Terkait