Korea Utara Anggap Mesyuarat UNSC mengenai HAM adalah Provokasi Serius

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), pada sesi tertutup telah membincangkan ujian peluru berpandu terakhir Korea Utara yang dilancarkan pada 28 November.

1318310
Korea Utara Anggap Mesyuarat UNSC mengenai HAM adalah Provokasi Serius

 

Kim Song, Duta Besar Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengatakan bahawa pentadbiran Pyongyang menganggap mana-mana mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai hak asasi manusia di negara ini sebagai "provokasi serius" yang berpunca daripada "dasar-dasar bermusuhan AS" dan Pyongyang akan bertindak balas secara tegas.

Kim Song menegaskan bahawa menjadikan isu berkenaan sebagai agenda terlihat sebagai ''pelanggaran jelas'' konvensyen PBB dan ''tindakan yang bersekongkol dan menyokong dasar bermusuhan AS''.

"Semua tanggungjawab terletak pada Amerika Syarikat dan negara-negara anggota dewan." Katanya.

Kim Song berkata bahawa inisiatif yang serupa adalah hasil daripada satu dasar yang berakar,

''Keadaan di Semenanjung Korea masih tegang dan isu nuklear belum diselesaikan." Katanya.

Enam negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mengutuk tindakan provokatif pentadbiran Pyongyang, dengan mengatakan bahawa percubaan peluru berpandu balistik Korea Utara yang masih berterusan sangat membimbangkan.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), pada sesi tertutup telah membincangkan ujian peluru berpandu terakhir Korea Utara yang dilancarkan pada 28 November.

 



Berita Terkait