Aksi Demonstrasi di Basra, Iraq, 3 Maut

Rakyat Iraq menganjurkan aksi demonstrasi di pelbagai bahagian negara untuk membantah pengangguran, rasuah dan kurangnya perkhidmatan awam.

1302753
Aksi Demonstrasi di Basra, Iraq, 3 Maut

 

Di bandar Basra di Iraq, sekurang-kurangnya tiga penunjuk perasaan terbunuh dan 30 orang lainnya cedera apabila pasukan keselamatan Iraq cuba melerai orang ramai dengan tembakan.

Seorang pegawai perubatan di bandar Basra mengatakan bahawa orang-orang yang terbunuh dan cedera ditembak oleh pasukan keselamatan.

Rakyat Iraq menganjurkan aksi demonstrasi di pelbagai bahagian negara untuk membantah pengangguran, rasuah dan kurangnya perkhidmatan awam.

Para aktivis yang turun ke jalan pada awal bulan Oktober, pada hari Jumaat melanjutkan semula demonstrasi mereka selepas jeda kerana upacara-upacara Erbain.

Misi Iraq ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengumumkan bahawa 254 orang kehilangan nyawa dan beribu-ribu orang cedera dalam demonstrasi yang sedang berlangsung di Iraq sejak 1 Oktober.



Berita Terkait