Rusia Mengumumkan bahawa Unsur Pengganas PKK/YPG Mula Menarik Diri

Kenyataan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Rusia Sergey Vershinin.

1294193
Rusia Mengumumkan bahawa Unsur Pengganas PKK/YPG Mula Menarik Diri

 

Rusia mengumumkan bahawa unsur-unsur organisasi pengganas pemisah PKK/YPG mula menarik diri dari kawasan sempadan Turki-Syria.

Kenyataan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Rusia Sergey Vershinin.

Rusia juga akan menghantar pasukan polis tambahan ke rantau ini.

Agensi Berita Rusia RIA, dalam berita berdasarkan pihak berkuasa Kementrian Pertahanan, menuliskan bahawa pentadbiran Moscow akan menghantar 276 pasukan polis dan tentera tambahan serta peralatan tentera ke rantau ini.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin pada hari Selasa, pada masa itu sebuah perjanjian telah dicapai bahawa mulai 23 Oktober jam 12.00 siang, dalam masa 150 jam para pengganas YPG dan senjata-senjatanya akan dikeluarkan keluar dari 30 kilometer di sempadan Turki-Syria.

Diumumkan bahawa pada akhir 150 jam, rondaan Turki-Rusia akan bermula pada kedalamam 10 kilometer di barat dan timur sempadan kawasan Operasi Peace Spring.

 



Berita Terkait