196 Pendatang Ilegal Ditangkap di Libya

Dengan dua operasi yang dilakukan oleh pasukan keselamatan pantai Libya, 196 pendatang ilegal ditangkap.

196 Pendatang Ilegal Ditangkap di Libya

 

Dengan dua operasi yang dilakukan oleh pasukan keselamatan pantai Libya, 196 pendatang ilegal ditangkap.

Unit Imigresen Haram Tripoli, yang berafiliasi dengan Kerajaan Kesepakatan Nasional (GNA), dalam satu kenyataan bertulis berkata bahawa Organisasi Keselamatan Pantai dan Pelabuhan Libya telah menangkap 107 pendatang haram dalam operasi yang dianjurkan pada pagi hari.

Kenyataan itu menyebutkan bahawa para pendatang ilegal yang berlayar di lautan dengan bot kembung untuk pergi ke Eropah, ditangkap di lepas pantai bandar Zuwarah di Libya.

Para pendatang telah dibawa ke pusat penampungan dengan bas-bas.

Tentera Laut Libya, menerusi akaun Twitter mengumumkan bahawa 89 pendatang ilegal ditangkap di lepas pantai bandar Al-Khums di Libya. Kenyataan itu mengatakan bahawa 16 daripada pendatang adalah wanita dan 2 adalah kanak-kanak.

 



Berita Terkait