Pemimpin Organisasi Pengganas Al-Qaeda, Asim Umar, Terbunuh

Al Qaeda belum lagi membuat sebarang kenyataan.

1284534
Pemimpin Organisasi Pengganas Al-Qaeda, Asim Umar, Terbunuh

 

Asim Umar, Ketua organisasi pengganas Al-Qaeda di sub benua India (AQIS) maut dalam operasi di kawasan Taliban di wilayah Helmand pada 23 September lalu.

Pejabat Keselamatan Nasional Afghanistan menyatakan bahawa serangan udara telah dianjurkan di kem latihan bersama Al Qaeda dan Taliban di daerah Musa Qala di Helmand.

Kenyataan itu juga menyebutkan bahawa dalam serangan berkenaan tujuh pengganas terbunuh termasuk Asim Umar, Ketua organisasi pengganas Al-Qaeda di sub benua India (AQIS).

Al Qaeda belum lagi membuat sebarang kenyataan.

 



Berita Terkait