Wabak Demam Babi Afrika Menyebar di Korea Selatan

Korea Selatan menjadi negara terakhir yang terjejas wabak demam babi Afrika selepas Filipina, China dan Vietnam.

1271647
Wabak Demam Babi Afrika Menyebar di Korea Selatan

 

Di Korea Selatan, wabak demam babi Afrika menyebar.

Selepas bandar Paju di Korea Selatan, sebuah ladang di rantau Yeoncheon di sempadan Korea Utara juga dijumpai wabak demam babi Afrika.

Menurut agensi Yonhap, Kementerian Pertanian, Hal Ehwal Makanan dan Luar Bandar Korea Selatan, dalam satu kenyataan berkata sekurang-kurangnya 5 ekor babi di ladang semalam didapati mati kerana wabak demam babi Afrika, dan dilaporkan bahawa kes baru dijumpai di ladang babi di daerah Yeonheon, kira-kira 50 kilometer dari bandar Paju.

Kenyataan itu menyebutkan bahawa 4 ribu 700 babi di ladang-ladang yang berada di Paju telah dimusnahkan semalam, manakala pegawai kuarantin mengatakan bahawa 4 ribu 700 babi di Yeoncheon dan di sebuah ladang jiran akan dimusnahkan.

Wabak demam babi Afrika tidak berbahaya kepada manusia tetapi bagi babi ini merupakan penyakit berjangkit mematikan yang tiada ubatnya.

Korea Selatan menjadi negara terakhir yang terjejas wabak demam babi Afrika selepas Filipina, China dan Vietnam.



Berita Terkait