Rusia: ''Penubuhan Jawatankuasa Perlembagaan Syria Hampir Selesai''

Kepada para pemberita, di Moscow, Peskov membuat kenyataan mengenai krisis Syria.

Rusia: ''Penubuhan Jawatankuasa Perlembagaan Syria Hampir Selesai''

 

Jurucakap Media Kremlin (Istana Presiden Rusia), Dmitry Peskov, mengumumkan bahawa kerja-kerja untuk penubuhan Jawatankuasa Perlembagaan Syria hampir selesai.

Kepada para pemberita, di Moscow, Peskov membuat kenyataan mengenai krisis Syria.

"Kami akan mengambil langkah terakhir dalam menubuhkan jawatankuasa itu, kerja-kerja itu hampir selesai." Kata Peskov, mengenai penubuhan Jawatankuasa Perlembagaan Syria.

Peskov juga memberi maklumat bahawa Kemuncak Tiga Pihak antara Turki-Rusia-Iran sedang dipersiapkan untuk dianjurkan di Turki.

Presiden Rusia, Vladimir Putin, juga terbuka untuk berdialog mengenai penyelesaian krisis di timur Ukraine, kata Peskov.

"Rundingan para pemimpin kedua-dua negara itu boleh dianggap positif. Bagi Putin, penting untuk melaksanakan perjanjian yang dicapai semasa perbincangan." Tambahnya.

 


Tags: putin , turki , ukraine , syria , rusia

Berita Terkait