Dua Daripadanya Wanita, Israel Tahan 10 Warga Palestin di Tebing Barat

Tentera-tentera Israel, yang kerap menyerbu rumah di Tebing Barat dan Yerusalem Timur, menahan rakyat Palestin dengan pelbagai tuntutan.

Dua Daripadanya Wanita, Israel Tahan 10 Warga Palestin di Tebing Barat

 

Tentera Israel menahan 10 orang warga Palestin termasuk dua daripadanya wanita, di Tebing Barat yang diduduki.

Dalam sebuah kenyataan bertulis, tentera Israel mendakwa bahawa 10 warga Palestin yang ditangkap dalam operasi-operasi yang dianjurkan pada malam hari di pelbagai wilayah di Tebing Barat, telah ‘’terlibat dalam tindakan pengganas’’.

Kenyataan itu juga berkata bahawa orang-orang Palestin yang ditangkap itu telah dirujuk ke pusat tahanan di rantau ini untuk disoal siasat. 

Tentera-tentera Israel, yang kerap menyerbu rumah di Tebing Barat dan Yerusalem Timur, menahan rakyat Palestin dengan pelbagai tuntutan.

Menurut sumber-sumber rasmi Palestin, di penjara-penjara Israel terdapat kira-kira 5.700 orang Palestin, termasuk para wanita dan kanak-kanak.

Selepas penahanan, yang telah menjadi perkara yang biasa di Tebing Barat dan Yerusalem Timur, beberapa warga Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak, ditahan di pusat tahanan selama berhari-hari.

Dengan penerapan yang diberi nama ‘’penahanan pentadbiran’’, Israel boleh menahan rakyat Palestin selama 1 hingga 6 bulan bergantung kepada perisikan.

Walaupun tidak melakukan kejahatan, jika tahanan ditakrifkan sebagai "bahaya kepada keselamatan Israel", hakim tentera boleh melanjutkan tempoh tahanannya sehingga 5 tahun.

 

 



Berita Terkait