Trump: ''Afghanistan Bagai Makmal Bagi Pengganas''

Seperti yang sebelum-sebelumnya, Trump sekali lagi menyatakan bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk menarik balik tentera AS dari Afghanistan.

1228703
Trump: ''Afghanistan Bagai Makmal Bagi Pengganas''

 

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau bimbang mengenai penarikan tentera-tentera AS dari Afghanistan.

Trump, yang memberi temu ramah kepada saluran American Fox News, menyatakan bahawa mereka mempunyai banyak masalah di hadapan rancangan untuk menarik tentera Amerika di Afghanistan.

Seperti yang sebelum-sebelumnya, Trump sekali lagi menyatakan bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk menarik balik tentera AS dari Afghanistan.

"Saya mahu menarik balik tentera-tentera kami, tetapi saya akan meninggalkan perisikan yang sangat kuat di sana (sebelum berundur)." Katanya.

"Di sana terdapat banyak tempat untuk bersembunyi. Bagaikan makmal bagi pengganas. Saya menyebutnya Harvard pengganas." Kata Trump.

Beliau berkata jika mereka meninggalkan Afghanistan tanpa persediaan yang mencukupi, mereka bimbang bahawa "unsur-unsur keganasan" di negara ini akan semakin kukuh dan mungkin menjadi asas untuk menyerang Amerika Syarikat.

Organisasi Taliban, yang merupakan ancaman besar kepada kerajaan yang dipimpin oleh Presiden Afghanistan Ashraf Gani, masih mengekalkan dominasinya di banyak bahagian negara.

 

 



Berita Terkait