14 Pengganas Daesh Dibunuh di Iraq

Daesh kerap melakukan serangan-serangan pengganas di bandar-bandar Diyala sebelah timur, di Kirkuk dan Saladin di sebelah utara negara itu.

1224619
14 Pengganas Daesh Dibunuh di Iraq

 

Di wilayah Kirkuk, Iraq, 14 pengganas ahli organisasi pengganas Daesh telah dibunuh.

Dalam satu kenyataan bertulis yang dibuat oleh Angkatan Anti-Pengganas Kementrian Pertahanan Iraq, menyatakan bahawa di Kirkuk dalam operasi yang disokong oleh pesawat-pesawat tempur pasukan gabungan tentera negara, 14 pengganas ahli Daesh telah dibunuh dan satu orang daripada pasukan ketua organisasi itu telah ditangkap.

Kenyataan itu berkata bahawa operasi yang dianjurkan di daerah Vahde, di pusat wilayah Kirkuk, berlangsung selama dua hari dan sejumlah besar senjata dan dokumen dokumen telah dirampas.

Daesh kerap melakukan serangan-serangan pengganas di bandar-bandar Diyala sebelah timur, di Kirkuk dan Saladin di sebelah utara negara itu.

Pada Disember 2017, pentadbiran Baghdad mengumumkan bahawa wilayah-wilayah negara telah diselamatkan dari organisasi pengganas Daesh.

 

 


Tags: #iraq , #kirkuk , #daesh

Berita Terkait