PBB Kutuk Serangan-Serangan Pengganas di Kenya dan Somalia

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mengutuk serangan-serangan pengganas di Kenya dan Somalia.

1219746
PBB Kutuk Serangan-Serangan Pengganas di Kenya dan Somalia

 

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mengutuk serangan-serangan pengganas di Kenya dan Somalia.

Pejabat Jurucakap Setiausaha Agung PBB menyatakan bahawa Guterres mengutuk peristiwa di wilayah Wajir di Kenya pada hari Sabtu yang telah mengakibatkan 8 polis terbunuh.

Diingatkan juga bahawa pada hari Jumaat di wilayah yang sama 3 polis diculik oleh organisasi pengganas Al-Shabaab.

Disampaikan bahawa Guterres juga mengutuk letupan bom kereta di sebuah pusat pemeriksaan di Mogadishu, ibu negara Somalia, yang diakui oleh organisasi pengganas Al-Shabaab, yang telah membunuh lapan 8 orang dan mencederai ramai orang.

"Setiausaha Agung menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mereka yang terbunuh, pemerintah Kenya dan Somalia serta rakyat-rakyatnya, dan mengharap kesembuhan bagi mereka yang cedera." Kata kenyataan itu.

Setiausaha Agung menegaskan bahawa PBB berada dalam perpaduan dengan pemerintah Kenya dan Somalia dalam usaha untuk memerangi keganasan dan ekstremisme yang mengandung keganasan.

 



Berita Terkait