PBB Menggesa Semua Pihak yang Bertempur di Syria untuk Mematuhi Perjanjian Gencatan Senjata

Dalam taklimat akhbar harian, Stephane Dujarric, membuat kenyataan tentang serangan-serangan yang berterusan di barat laut Syria.

1218386
PBB Menggesa Semua Pihak yang Bertempur di Syria untuk Mematuhi Perjanjian Gencatan Senjata

 

Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric, menyatakan bahawa mereka dalam keadaan bersiap sedia kerana pertempuran hebat di barat laut Syria yang semakin meningkat sejak April.

‘’PBB menjemput semua pihak-pihak untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata yang telah dicapai antara Turki dan Rusia pada bulan September.’’ Katanya.

Dalam taklimat akhbar harian, Stephane Dujarric, membuat kenyataan tentang serangan-serangan yang berterusan di barat laut Syria.

''Kami dalam keadaan bersiap sedia terhadap kesan kemanusiaan yang disebabkan oleh pertempuran-pertempuran bersenjata di zon pengurangan ketegangan di Syria, terutamanya di utara Hama dan selatan Idlib.'' Kata Dujarric, Beliau juga mengingatkan bahawa ketegangan di rantau itu sejak 29 April telah membunuh 231 orang awam termasuk 69 wanita dan 81 kanak-kanak.

Dujarric menggariskan bahawa lebih daripada 300 ribu orang awam di rantau ini terpaksa mencari perlindungan di kem-kem berhampiran sempadan Turki.

‘’PBB menjemput semua pihak yang bertempur untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata yang telah dicapai antara Turki dengan Rusia pada bulan September. Kami juga menggesa semua pihak untuk melindungi orang awam dan infrastruktur awam di bawah undang-undang antarabangsa, serta menghormati prinsip diskriminasi dan kekompadankan, "katanya.

 



Berita Terkait