Tokayev Rasmi Menjawat Sebagai Presiden Selepas Majlis Pengambilan Sumpah

Tokayev bersumpah bahawa dia akan melayani rakyat secara adil, mematuhi undang-undang dan menjamin hak dan kebebasan rakyat.

Tokayev Rasmi Menjawat Sebagai Presiden Selepas Majlis Pengambilan Sumpah

 

Kassym Jomart-Tokayev, yang memenangi pemilihan presiden awal di Kazakhstan, memulakan tugasnya selepas bersumpah.

Masjlis pengambilan sumpah di Istana Merdeka untuk Tokayev, yang menang dalam pilihan raya presiden yang telah diadakan pada 9 Jun di negara itu, selain dihadiri oleh bekas Presiden Nursultan Nazarbayev, juga dihadiri oleh ahli-ahli kabinet, ahli-ahli parlimen, duta-duta besar negara asing yang beroperasi di Kazakhstan dan ramai lagi tetamu jemputan.

Tokayev bersumpah bahawa dia akan melayani rakyat secara adil, mematuhi undang-undang dan menjamin hak dan kebebasan rakyat.

Bercakap pada majlis itu, Tokayev menyatakan bahawa beliau akan mengusahakan pelaksanaan projek-projek yang mempunyai kepentingan strategik Kazakhstan dan akan melaksanakan strategi bekas Presiden Nazarbayev.

Tokayev menyatakan bahawa beliau akan menyokong usahawan Kazakhstan, akan menarik pelaburan ke negara ini dan akan melindungi mereka, serta akan menggalakkan keusahawanan dan membentuk kelas menengah. "Matlamat saya adalah untuk memastikan perpaduan rakyat dan melindungi hak setiap warganegara." katanya.

Tokayev menegaskan bahawa perkembangan dialog antara masyarakat dan pihak berkuasa telah membimbangkan orang ramai, dan dialog sedemikian harus berdasarkan pluralisme, dan berkata bahawa beliau telah memutuskan untuk membentuk Majlis Amanah Sosial Nasional yang akan disertai oleh para wakil dari semua segmen masyarakat.

Tokayev menyatakan bahawa kerajaan harus memenuhi janji-janjinya kepada rakyat, "Hanya dengan cara ini kita dapat memastikan perpaduan rakyat dan kestabilan di negara ini." Katanya.

Tokayev berkata bahawa negaranya dikenal di dunia sebagai negara yang memenangkan kuasa besar dan aman, terbuka dan boleh dipercayai dalam urusan antarabangsa, "Kami akan terus meneruskan dasar luar negeri yang membina, seimbang dan beragam. Kami akan mempertahankan kepentingan nasional di arena antarabangsa." katanya.

 



Berita Terkait