PM Jepun Bertolak ke Tehran Bagi Jadi Pengantara Ketegangan Iran-AS

Semasa lawatannya ke Washington bulan lepas, kepada Presiden AS, Donald Trump, Perdana Menteri Abe menawarkan untuk menjadi pengantara mengenai isu Iran, dan Trump pun menyokong ide ini.

PM Jepun Bertolak ke Tehran Bagi Jadi Pengantara Ketegangan Iran-AS

 

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, berkata bahawa semasa lawatannya ke Tehran, beliau akan mengadakan perbincangan untuk mengurangkan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) dan memastikan kestabilan di Timur Tengah.

Menurut agensi berita Jepun Kyodo, Abe, yang bertolak ke Tehran untuk lawatan selama dua hari ke Iran, sebelum meninggalkan negaranya beliau membuat pernyataan kepada para pemberita di Lapangan Terbang Haneda di ibukota Tokyo.

Perdana Menteri Jepun Abe berkata beliau bimbang dengan ketegangan yang sedang berlaku antara AS dan Iran di rantau Timur Tengah. "Jepun mahu memainkan banyak peranan untuk memastikan keamanan dan kestabilan di rantau ini." Katanya.

Abe berkata beliau akan melawat Tehran untuk mengurangkan ketegangan antara Iran dengan Amerika Syarikat dan memastikan kestabilan di Timur Tengah. "Saya mahu bertukar pandangan secara ikhlas dengan pimpinan Iran untuk mengurangkan ketegangan." Ungkapnya.

Lawatan Abe ke Tehran akan menjadi lawatan pertama Perdana Menteri Jepun ke Iran selepas 41 tahun.

Terakhir, bekas Perdana Menteri Jepun, Fukuda Takeo melawat Iran pada tahun 1978.

Selepas tiba di Teheran, esok hari Perdana Menteri Abe akan bertemu dengan Pemimpin Tertinggi Syiah Iran, Ali Khamenei dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Menteri-menteri luar kedua-dua negara juga dijangka mengadakan mesyuarat berasingan.

Semasa lawatannya ke Washington bulan lepas, kepada Presiden AS, Donald Trump, Perdana Menteri Abe menawarkan untuk menjadi pengantara mengenai isu Iran, dan Trump pun menyokong ide ini.

 


Tags: jepun , shinzo abe , iran , AS

Berita Terkait