Amaran Iran kepada AS,'Langkah Pentadbiran Washington terhadap Teheran dapat Memicu Perang'

Ashina yang juga merupakan Presiden Pusat Penyelidikan Strategik Kepimpinan Iran, dalam mesej yang dikongsi di akaun Twitternya, beliau menegaskan bahawa langkah pentadbiran Washington terhadap Teheran dapat memicu perang.

Amaran Iran kepada AS,'Langkah Pentadbiran Washington terhadap Teheran dapat Memicu Perang'

Husameddin Ashina, penasihat Presiden Iran Hassan Rouhani, memberi amaran kepada Presiden AS Donald Trump, bahawa "anda sedang menuju peperangan".

Ashina yang juga merupakan Presiden Pusat Penyelidikan Strategik Kepimpinan Iran, dalam mesej yang dikongsi di akaun Twitternya, beliau menegaskan bahawa langkah pentadbiran Washington terhadap Teheran dapat memicu perang.

Ashina memberi amaran kepada Trump mengenai ''rancangan'' Jhon Bolton, Penasihat Keselamatan Negara White House, dalam pernyataannya ia memberikan pernyataan berikut:

"Donald Trump, anda sedang mencari perjanjian yang lebih baik dengan Iran (bukannya perjanjian nuklear), tetapi sebaliknya anda kelihatan sedang menuju perang."katanya.

''Inilah yang akan berlaku jika anda mendengar apa yang dikatakan Bolton," kata Ashina yang memanggil Trump, dia mengingatkan beliau tentang kemungkinan kegagalan dalam pilihan raya 2020.

Pentadbiran Trump mengumumkan pada 8 Mei 2018 bahawa ia telah menarik diri dari perjanjian nuklear dengan pentadbiran Tehran yang dilakukan pada 2015, untuk mencapai perjanjian baru, termasuk peluru berpandu balistik dan aktiviti-aktiviti serantau Iran.

AS, yang mengenakan sanksi yang menyasarkan eksport minyak pentadbiran Tehran, kemudian megambil Pengawal Revolusi Iran dalam senarai "organisasi pengganas asing" pada bulan April.

Presiden Iran Hassan Rouhani mengumumkan pada 8 Mei bahawa beliau akan memulihkan sebahagian daripada kegiatan nuklear negara beliau terhadap sekatan AS.

Pentadbiran Tehran mengatakan Trump menekan untuk berunding dengan Teheran, tetepi dia percaya bahawa Penasihat Keselamatan Negara White House Bolton sedang merancang perang terhadap Iran dengan Israel, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif juga memanggil Penasihat Keselamatan Negara White House John Bolton, Perdana Menteri Israel Binyamin Netanyahu, Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Selman dan Abu Dhabi Putera Mahkota Mohammad bin Zayid, ia memberi amaran mengenai rancangannya terhadap Iran.



Berita Terkait