Bilangan Terkorban akibat Serangan di Colombia Meningkat

Dalam kenyataan itu dilaporkan bahawa dalam aksi pengganas, 21 orang termasuk penyerang telah terbunuh.

Bilangan Terkorban akibat Serangan di Colombia Meningkat

 

Di Colombia, bilangan orang yang kehilangan nyawa mereka dalam serangan bom, yang mensasarkan  Akademi Polis Jeneral Santander, meningkat kepada 21 orang.

Jabatan Polis melaporkan maklumat terbaru secara bertulis tentang serangan sekolah polis di bahagian selatan Bogota, ibukota Colombia, di mana pihak berkuasa Colombia mengumumkan hari berkabung selama 3 hari.

Dalam kenyataan itu dilaporkan bahawa dalam aksi pengganas, 21 orang termasuk penyerang telah terbunuh.

68 orang cedera dalam serangan itu, kata kenyataan itu, 58 daripadanya telah diperbolehkan keluar dari hospital.

Polis Colombia menegaskan bahawa mereka akan menangkap pelaku dan meminta orang yang mengetahui maklumat mengenai serangan itu untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan.

 



Berita Terkait