PBB: ''Gencatan Senjata di Yaman Sebahagian Besar Dilaksanakan''

Beribu-ribu orang telah kehilangan nyawa mereka dalam konflik yang berlaku di Yaman selama lebih daripada 4 tahun.

1109653
PBB: ''Gencatan Senjata di Yaman Sebahagian Besar Dilaksanakan''

 

Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric, berkata bahawa gencatan senjata di Yaman sebahagian besar dilaksanakan.

Stephane Dujarric, pada taklimat akhbar harian, membuat kenyataan mengenai perjanjian yang telah dicapai untuk Hudaydah dan kawasan sekitarnya.

Beberapa dakwaan konflik memang ada, tetapi gencatan senjata sebahagian besar dilaksanakan, kata Dujarric, ia melaporkan bahawa para pengawal gencatan senjata yang akan dihantar PBB ke Yaman tidak akan berseragam.

Dujarric berkata bahawa Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, meminta agar mekanisme kawalan yang diperlukan untuk gencatan senjata segera dikerahkan.

Selepas perundingan yang bermula pada 6 Disember dan berakhir pada 13 Disember, kumpulan Houthi dan kerajaan Yaman, mengumumkan bahawa pihak-pihak telah mencapai persetujuan untuk Pelabuhan Hudaydah dan bandarnya, yang penting bagi orang-orang Yaman.

Menurut perjanjian yang dicapai untuk Pelabuhan Hudaydah dan bandarnya, yang amat penting bagi penduduk Yaman, diharapkan "PBB akan mengambil peranan utama di pelabuhan dan membuka akses bagi bantuan kemanusiaan ke Yaman dan dengan demikian keadaan hidup berjuta-juta penduduk Yaman akan ditingkatkan.’’

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di Yaman, di mana salah satu krisis kemanusiaan terbesar di dunia berlaku, 14 juta orang, setengah dari penduduk, menghadapi risiko kebuluran. Lebih daripada 22 juta orang di negara ini memerlukan bantuan dan perlindungan.

Di negara yang sedang berlaku krisis kemanusiaan pada banyak bidang, wabak-wabak penyakit, termasuk kolera, yang disebabkan oleh tiada akses air bersih, kekurangan zat makanan, kekurangan ubat-ubatan dan bekalan perubatan, semakin hari semakin meningkat.

Pelabuhan Hudaydah sangat penting bagi rakyat Yaman, kerana ia adalah titik masuknya 90 peratus produk makanan dan 80 peratus bantuan-bantuan kemanusiaan ke Yaman.  

Beribu-ribu orang telah kehilangan nyawa mereka dalam konflik yang berlaku di Yaman selama lebih daripada 4 tahun.

Di Yaman, yang merupakan salah satu daripada negara termiskin di dunia, krisis kemanusiaan yang semakin meningkat akibat perang saudara telah mencapai dimensi yang mengerikan.

Di Yaman, di mana ketidakstabilan politik berlaku untuk masa yang lama, kumpulan Houthi mengekalkan kawalan ibu negara Sana'a dan beberapa kawasan sejak September 2014, manakala pasukan gabungan yang dipimpin oleh Arab Saudi menyokong kerajaan Yaman menghadapi kumpulan Houthi sejak Mac 2015 hingga setakat ini.

 

 

 

 

 

 

 

 



Berita Terkait