Majlis Keselamatan PBB Bermesyuarat Berikutan Ketegangan antara Rusia dan Ukraine

Hari ini, Majlis Keselamatan PBB akan berkumpul berikutan ketegangan yang semakin meningkat selepas kapal perang Rusia menembak kapal perang Ukraine di Laut Azov kerana melanggar perairan wilayah Rusia.

1095018
Majlis Keselamatan PBB Bermesyuarat Berikutan Ketegangan antara Rusia dan Ukraine

Krisis antara Rusia dan Ukraine semakin menegang ...

Komando Tentera Laut Ukraine, mengumumkan penembakan dari bot keselamatan sempadan milik Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) ke kapal-kapal perang Ukraine di Berhampiran Selat Kerch di Laut Azov.

Dalam satu kenyataan bertulis daripada Komando Pasukan Tentera Laut Ukraine, akibat penembakan itu 2 orang cedera, dua kapal Ukraine telah rosak dan hilang laluan.

Kapal Ukraine terpaksa bersandar, kata kenyataan itu, dan menyampaikan maklumat bahawa kapalkapal Ukraine telah dirampas oleh pasukan khas Rusia.

Sedangkan akhbar Ukraine, melaporkan bahawa satu orang kehilangan nyawa akibat penembakan itu.

Pagi semalam di Laut Azov, dilaporkan kapal perang Rusia dan kapal perang Ukraine saling berhadapan, kapal-kapal perang Rusia, campur tangan ke kapal-kapal perang Ukraine atas dakwaan telah memasuki perairan wilayah Rusia.

Sementara itu, Rusia menggesa mesyuarat segera Majlis Keselamatan PBB (UNSC) selepas ketegangan dengan Ukraine di Laut Azov.

Berita Terkait