Jurucakap PBB: ''Kami Mahu Semua yang Terlibat Pembunuhan Khashoggi Dibawa ke Hadapan Pengadilan''

Dalam taklimat akhbar hariannya, Dujarric menjawab soalan mengenai pembunuhan Khashoggi dan panggilan untuk siasatan antarabangsa.

1089162
Jurucakap PBB: ''Kami Mahu Semua yang Terlibat Pembunuhan Khashoggi Dibawa ke Hadapan Pengadilan''

Stephen Dujarric, Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyeru semua yang terlibat dalam pembunuhan wartawan Saudi Jamal Khashoggi untuk dibawa ke pengadilan.

Dalam taklimat akhbar hariannya, Dujarric menjawab soalan mengenai pembunuhan Khashoggi dan panggilan untuk siasatan antarabangsa.

Stephane Dujarric, berkata bahawa mereka terus mengikuti perkembangan pembunuhan jamal Khashoggi dengan teliti.

''Kami mahu melihat semua orang yang terlibat dalam pembunuhan kejam ini dibawa ke hadapan pengadilan. ''

Berkenaan dengan seruan siasatan antarabangsa Menteri Luar Turki, Mevlüt Çavuşoğlu, Dujarric menyatakan bahawa mereka tidak menerima permintaan bertulis mengenai sebuah siasatan dan untuk menjalankan siasatan antarabangsa, Setiausaha Agung akan memerlukan mandat mengenai perkara ini.

Wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi dibunuh secara kejam di Konsulat Jeneral Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.



Berita Terkait