Bilangan Kematian akibat Wabak Ebola di Congo terus Bertambah

Wabak Ebola pertama kali muncul di DRC pada tahun 1976, dan tersebar di Afrika Barat pada Disember 2013.

1064695
Bilangan Kematian akibat Wabak Ebola di Congo terus Bertambah

Di Demokratik Republik Congo (DRC), bilangan orang yang terbunuh dalam wabak ebola meningkat kepada 78.

Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan DRC, wabak yang mula terlihat di Utara Kivu pada akhir bulan Julai, kes demam berdarah meningkat kepada 177 dan 142 daripada mereka didapati membawa virus ebola.

Dengan meninggalnya enam orang lagi daripada 142 orang tersebut, bilangan orang yang terbunuh dalam wabak itu mencapai 78 orang.

Sedangkan bilangan orang yang pulih selepas terjangkit virus itu meningkat kepada 50 orang.

Di sisi lain, kira-kira 15 ribu orang telah diberi vaksin semasa kempen yang dilancarkan pada 8 Ogos.

Wabak Ebola pertama kali muncul di DRC pada tahun 1976, dan tersebar di Afrika Barat pada Disember 2013.

Di Guinea, Liberia dan Sierra Leone, kira-kira 30,000 orang dijangkiti virus Ebola dan lebih daripada 11,000 orang meninggal dunia dalam wabak yang terlihat pada tahun 2014-2017.



Berita Terkait