Aksi Unjuk Perasaan di Basra

Sejak 8 Julai, demonstrasi-demonstrasi dianjurkan di Basra, dimana kira-kira 80 peratus minyak Iraq dihasilkan, atas sebab-sebab seperti kurangnya perkhidmatan awam, kekurangan bekalan elektrik dan air, pengangguran dan rasuah.

1045184
Aksi Unjuk Perasaan di Basra

Sekumpulan penunjuk perasaan di bandar Basra, di selatan Iraq, membakar bangunan televisyen kerajaan dan beberapa parti Syiah.

Semasa berlaku demonstrasi membantah kurangnya perkhidmatan di bandar, pengangguran dan rasuah, sekumpulan orang memasuki bangunan televisyen kerajaan dan Organisasi Bedir. Semasa para penunjuk perasaan membakar bangunan itu, kenderaan penyiaran langsung milik televisyen kerajaan juga terbakar.

Kumpulan penunjuk perasaan lain juga membakar bangunan-bangunan Asaib Ehlilhak, Majlis Agung Islam dan Arus Kebijaksanaan Nasional yang dipimpin Ammar al-Hakim.

Bangunan Islamic Dawa Parti Iraq, parti dimana Perdana Menteri Haider al-Abadi adalah ahli, juga dibakar.

Imej-imej semasa bangunan-bangunan terbakar juga dikongsi pada media sosial.

Para penunjuk perasaan kemudian berpindah ke Konsulat Jeneral Iran di bandar.

Sejak 8 Julai, demonstrasi-demonstrasi dianjurkan di Basra, dimana kira-kira 80 peratus minyak Iraq dihasilkan, atas sebab-sebab seperti kurangnya perkhidmatan awam, kekurangan bekalan elektrik dan air, pengangguran dan rasuah.

Keganasan demonstrasi telah meningkat dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Pengerusi Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Basra Mehdi Temimi, mengumumkan bahawa dalam aksi unjuk perasaan semalam, apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan mengakibatkan seorang terbunuh dan 25 orang cedera.



Berita Terkait