Wabak Kolera di Kamerun

Fouda melawat hospital di ibu negara Yaounde dan melawat pesakit yang dijangkiti.

1020636
Wabak Kolera di Kamerun

Menteri Kesihatan Kamerun Andre Mama Fouda memberi amaran bahawa epidemik kolera, yang membunuh 10 orang di utara negara itu, boleh menular ke kawasan lain.

Fouda melawat hospital di ibu negara Yaounde dan melawat pesakit yang dijangkiti.

Menteri Fouda berkata bahagian utara negara itu adalah antara kawasan yang menanggung risiko kolera.

Menekankan bahawa jangkitan itu dapat dengan mudah menyebar ke kawasan-kawasan lain sekiranya berlaku wabak, Fouda berkata dia mula melaksanakan rancangan intervensi nasional dengan sokongan pihak berkuasa yang kompeten untuk mencegahnya.

Mengikut laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, melaporkan baahwa akibat wabak kolera, sejak bulan Mei hingga setakat ini telah direkodkan sejumlah 109 kes yang disyaki termasuk  53 orang pada bulan ini.

Diantara mereka adalah sejumlah 9 orang, termasuk 6 daripadanya pada minggu lalu, kehilangan nyawa mereka.

Setakat ini terdapat 33 kes di wilayah utara Golomb, di mana wabak itu mula-mula dilihat.

Di rantau yang sama Garoua telah di rekodkan 2 kes dan Gaschiga 7 kes, Mayo Oulo 5 kes, Ngong 3 kes, Pitoa 2kes, danterahir Guider 1 kes.

Di ibukota Yaounde, salah satu daripada bandar raya yang mempunyai risiko kolera yang tinggi, 25 kes suspek telah dikenalpasti sebagai kolera 3, dan salah seorang daripada mereka meninggal dunia.



Berita Terkait