Wabak Kolera di Yaman
Dalam 13 bulan terakhir bilangan kes yang disyaki kolera dilaporkan melebihi 1 juta 118 ribu.
1015239

Di Yaman bilangan kematian akibat Kolera dalam masa 13 bulan telah melebihi 2 ribu 300.
Kenyataan yang dibuat oleh United Nations International Children Emergency Fund (UNICEF) melalui Twitter menyatakan bahawa dalam 13 bulan terakhir bilangan kes yang disyaki kolera dilaporkan melebihi 1 juta 118 ribu.
Kenyataan itu berkata bahawa lembaga-lembaga kesihatan dan bantuan terus bekerja keras untuk mengelakkan penyebaran penyakit, namun kerana sistem yang tidak memadai dan konflik yang berterusan maka tiada kemajuan yang berlaku.