Presiden Iran: ''Keputusan Trump adalah Pengalaman Bersejarah Bagi Kami''

Bercakap di televisyen pemerintah Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa mereka akan terus melaksanakan perjanjian nuklear...

967228
Presiden Iran: ''Keputusan Trump adalah Pengalaman Bersejarah Bagi Kami''

Presiden Iran, Hassan Rouhani, menyatakan bahawa keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menarik diri dari perjanjian nuklear Iran, tidak boleh diterima.

Bercakap di televisyen pemerintah Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa mereka akan terus melaksanakan perjanjian nuklear,

''Mulai saat ini, perjanjian Iran akan terus berlanjut bersama lima negara lain (negara penandatangan)'' katanya.

''AS harus menunjukkan seperti apa bukti-bukti (terkait kami tidak mematuhi perjanjian nuklear)'' tambah Rouhani.

Rouhani berkata, ''keputusan Trump adalah sebuah pengalaman bersejarah bagi kami''.

Menegaskan bahawa Iran mematuhi semua perkara perjanjian dan tidak mempunyai satu pun kesalahan, Rouhani berkata:

''Kami melihat bahawa AS tidak menepati janjinya. kita melihat bahawa satu-satunya penyokong Amerika Syarikat adalah Israel."

''Ini bukanlah sebuah perjanjian hanya antara AS dan Iran sahaja. Ini adalah sebuah perjanjian yang telah disahkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), suatu perjanjian yang disahkan oleh semua pihak lain (penandatangan) di Senat." katanya.

Rouhani, berkata bahawa pemerintahan Tehran bersedia untuk meneruskan aktiviti nuklearnya setelah membincangkannya dengan kuasa dunia yang memihak kepada perjanjian itu.

Presiden Iran telah menyatakan bahawa beliau telah melantik Menteri Luar Negeri Javad Zarif untuk rundingan dengan negara-negara Eropah, China dan Rusia.



Berita Terkait