Iraq Tewaskan 36 Pengganas Dalam Operasi Ke Atas Daesh di Syria

Pesawat-pesawat milik Angkatan Udara Iraq telah mencapai sasaran dalam serangannya ke atas organisasi pengganas Daesh di Syria

957064
Iraq Tewaskan 36 Pengganas Dalam Operasi Ke Atas Daesh di Syria

Dalam operasi yang dianjurkan terhadap organisasi pengganas Daesh di Syria, pesawat-pesawat perang Iraq membunuh 36 pengganas termasuk diantaranya para pemimpin organisasi.

Dalam sebuah kenyataan bertulis, Jurucakap Pusat Media Keamanan Kementerian Pertahanan Iraq, Yahya Resul berkata ''Pesawat-pesawat milik Angkatan Udara Iraq telah mencapai sasaran dalam serangannya ke atas organisasi pengganas Daesh di Syria.''

Menyatakan bahawa kedudukan penting Daesh telah menjadi sasaran, Resul berkata bahawa dalam serangan itu, 36 pengganas termasuk diantaranya para pimpinan organisasi telah dibunuh.

Dalam kenyataan bertulis yang dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri Iraq pada 19 April, menyatakan bahawa "Selaras dengan arahan Panglima Angkatan Bersenjata (Perdana Menteri), pesawat-pesawat perang telah menyerang kedudukan organisasi pengganas Daesh di wilayah Syria.''


 



Berita Terkait