Iraq Hukum Mati 315 Ahli Organisasi Pengganas Daesh

Sejak bulan Januari hingga hari ini, 103 warga asing telah dijatuhi hukuman mati di Baghdad.

954275
Iraq Hukum Mati 315 Ahli Organisasi Pengganas Daesh

Dua mahkamah di Iraq, menjatuhkan hukuman mati ke 315 orang ahli organisasi pengganas Daesh.

Bercakap kepada agensi berita Perancis AFP, sumber kehakiman Iraq mengatakan bahawa 315 orang yang diadili di dua mahkamah di Mosul dan Baghdad dihukum mati kerana didakwa menjadi ahli atau memiliki hubungan dengan organisasi pengganas Daesh.

Dinyatakan bahawa warga Iraq diadili di Mosul, sedangkan warga asing diadili di mahkamah di Baghdad dan berpuluh-puluh warga asing termasuk diantara mereka yang dijatuhi hukuman mati.

Sejak bulan Januari hingga hari ini, 103 warga asing telah dijatuhi hukuman mati di Baghdad.

Sedangkan 185 warga asing telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di mahkamah itu.

Abdel Sattar Bayraktar, jurucakap Majlis Kehakiman Tinggi, juga mengumumkan bahawa di mahkamah di Tel Keyf berhampiran Mosul, 212 orang dijatuhi hukuman mati, 150 orang menjalani penjara seumur hidup dan 341 orang dijatuhkan hukuman penjara.



Berita Terkait