Bilangan Terbunuh di Gaza Meningkat Kepada 33

Lebih daripada 3 ribu orang Palestin juga cedera oleh campur tangan tentera Israel terhadap demonstrasi damai di sempadan.

Bilangan Terbunuh di Gaza Meningkat Kepada 33

Satu lagi rakyat Palestin yang cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan damai di sempadan Gaza dilaporkan meninggal dunia.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza Ashraf al-Qudra dalam satu kenyataan bertulis mendedahkan bahawa Abdullah Muhammed as-Syahri, yang berusia 28 tahun, yang cedera akibat tembakan tentera Israel di sempadan timur Gaza, kemarin meninggal dunia di sebuah hospital.

Dengan meninggalnya Syahri, bilangan rakyat Palestin yang dibunuh oleh pasukan Israel dalam demonstrasi yang berlaku sejak 30 Mac di Gaza, telah mencapai 33 orang.

Lebih daripada 3 ribu orang Palestin juga cedera oleh campur tangan tentera Israel terhadap demonstrasi damai di sempadan.

Sejak 30 Mac, rakyat Palestin mengadakan demonstrasi damai di sempadan Jalur Gaza yang dikepung dan Israel untuk memperingati Hari Tanah ke-42.

Sedangkan tentera Israel, melepaskan tembakan ke atas orang awam yang meminta "untuk kembali ke tanah air mereka dan penghapusan pengepungan haram terhadap Gaza yang telah berkuatkuasa sejak 2006".

Palestin merancang untuk meneruskan aksi damai yang dinamakan "Great Return March" sehingga pertengahan Mei.

Apakah The Land Day?

Israel, pada 30 Mac 1976, menawan ribuan hektar tanah milik beberapa orang Palestin warga Israel yang tinggal di rantau Galilea di utara negara ini.

Rakyat Palestin kemudian mengadakan demonstrasi dan mogok umum untuk membantah perampasan itu. Berikutan perhimpunan itu, polis Israel menembaki rakyat Palestin dan mengakibatkan enam orang terbunuh dan beberapa lainnya cedera.

Kejadian yang kenang sebagai "Hari Tanah" dianggap simbol penentangan Palestin terkait tanah, yang merupakan sumber konflik antara Israel dan Palestin.
 



Berita Terkait