Wabak Demam Kuning di Brazil

Mengikut pernyataan yang dibuat oleh laman web Kementerian Kesihatan, kes demam kuning meningkat sebanyak 25 peratus berbanding tahun sebelumnya

923796
Wabak Demam Kuning di Brazil

Di Brazil, dalam tempoh 7 bulan terahir, 273 orang telah kehilangan nyawa mereka akibat daripada demam kuning.

Mengikut pernyataan yang dibuat oleh laman web Kementerian Kesihatan, kes demam kuning meningkat sebanyak 25 peratus berbanding tahun sebelumnya, jumlah kes meningkat daripada 576 hingga 723 dan jumlah kematian daripada 184 meningkat kepada 273.

Negeri Minas Gerais adalah wilayah paling terkena dengan 314 kes dan 103 kematian dalam 7 bulan terakhir.

Sekretariat Kesihatan Negeri Rio de Janeiro mengatakan bahawa 51 orang tahun ini kehilangan nyawa akibat demam kuning di wilayah itu, jumlah kes telah mencapai 112 orang.

Kementerian Kesihatan Brazil telah melancarkan kempen vaksin di wilayah Sao Paulo, Rio de Janeiro dan Bahia untuk mencegah penyebaran wabak itu.

Dalam kenyataan kementerian itu, tiga negara dikirimkan 20 juta dos vaksin pada awal bulan ini, dan sekitar 16 juta dos vaksin telah dihantar pada akhir kempen.

Kementerian itu berkata bahawa sasaran kempen vaksin telah melebihi 5.5 juta orang, 23.2 peratus daripada sasaran di tiga wilayah di mana kira-kira 76 juta orang hidup.



Berita Terkait