Presiden Perancis dan Presiden Rusia Bincangkan Ghouta Timur

Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan perbualan telefon.

Presiden Perancis dan Presiden Rusia Bincangkan Ghouta Timur

Dalam pernyataan bertulis yang dibuat dari Istana Elysee, dinyatakan bahawa dalam perbualan telefon tersebut, keadaan wilayah Ghouta Timur di Syria dibincangkan,

''Macron menegaskan bahawa Rusia harus mengambil langkah konkrit dan nyata agar rejim Syria dapat dengan jelas menerima pelaksanaan Resolusi 2401 Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan segera menghentikan serangan-serangan ke atas orang awam.'' kata kenyataan tersebut.

Dalam pertemuan tersebut, Macron menyatakan bahawa keputusan ''jeda kemanusiaan'' Rusia di Ghouta Timur tidak mencukupi, dan berkata bahawa sesuai keputusan UNSC, konvoi kemanusiaan mesti dapat mencapai semua orang yang memerlukan, tanpa halangan dan tanpa penangguhan lanjut, namun konvoi tersebut belum juga tiba.

Macron yang mengingatkan Putin bahawa rejim Syria telah menghalang pemindahan dan tidak mematuhi keputusan gencatan senjata, meminta Rusia mengambil tanggungjawab dan menunjukkan kredibiliti penuh.

Pada 24 Februari, Majlis Keselamatan PBB mengguna pakai resolusi yang menyerukan gencatan senjata selama 30 hari di Syria terutama Ghouta Timur tanpa berlengah-lengah.

Kira-kira 400 ribu orang awam tinggal di Ghouta Timur yang telah dikepung oleh rejim selama 5 tahun. 

Walaupun ada pengisytiharan ''Zon Pengurangan Ketegangan'' pada perjanjian Astana, rejim Assad yang dijamin oleh Rusia, sejak bulan April tahun lepas, mengetatkan pengepungan dan mengintensifkan serangan-serangannya. 

Di rantau dimana krisis kemanusiaan semakin mendalam, beratus-ratus kecemasan, beribu-ribu orang awam yang sakit sedang menunggu untuk dipindahkan. 

Kebanyakan mereka adalah kanak-kanak atau pesakit kanser stadium tahap tinggi. 



Berita Terkait