Mattis Mengiktiraf Pergeseran Pengganas PYD/PKK ke Afrin

Semasa lawatannya di Eropah, Mattis membuat kenyataan kepada pemberita terkait perjuangan melawan pertubuhan pengganas Daesh.

908663
Mattis Mengiktiraf Pergeseran Pengganas PYD/PKK ke Afrin

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis, mengaku bahawa sebahagian daripada unsur-unsur Pasukan Demokratik (SDF) yang diketuai oleh pertubuhan pengganas PYD / PKK dan disokong oleh negaranya, berpindah ke Afrin, Syria.

Semasa lawatannya di Eropah, Mattis membuat kenyataan kepada pemberita terkait perjuangan melawan pertubuhan pengganas Daesh.

Mattis yang berkata bahawa perjuangan melawan Daesh di Syria masih berterusan, beliau menyatakan bahawa ''perhatian'' beberapa unsur SDF yang dipelopori oleh PYD/PKK ''terbagi'' kerana operasi-operasi di Afrin dan mereka telah berpindah ke wilayah ini.

''Ada sebuah keadaan yang mengganggu perhatian, iaitu yang sedang berlangsung di Afrin. Keadaan ini telah membagi perhatian kebanyakan ahli SDF, mereka melihat rakan-rakan yang sedang diserang di Afrin dan ini telah menyebabkan perhatian mereka berpaling kesana. Sedangkan dalam beberapa kes, pasukan berpaling ke Afrin.'' kata Jim Mattis.

Mattis juga berkata, "Turki merupakan satu-satunya negara dengan ''pemberontakan senjata'' dalam sempadan, Turki mempunyai kebimbangan keselamatan yang sah, dan kami tidak akan mengabaikan mereka sama sekali".

Mattis menyatakan bahawa mereka memahami kebimbangan keselamatan sah yang dimiliki negara-negara baik itu Israel, Lubnan, Jordan atau Turki.

Pentagon sebelum ini menyuarakan bahawa beberapa elemen SDF telah mengalihkan daya, tetapi ini secara rasmi disahkan untuk kali pertama.



Berita Terkait