Operasi Melawan Daesh di Iraq

Di barat wilayah Enbar Iraq, 13 buah kampung telah berhasil diselamatkan sebagai sebahagian daripada operasi terhadap organisasi pengganas DAESH.

848674
Operasi Melawan Daesh di Iraq

Dalam satu kenyataan bertulis yang dibuat oleh War Medya Network yang bersekutu dengan Kementerian Pertahanan Iraq, menyatakan bahawa, 

"Dalam tempoh tiga hari dalam skop operasi penyelamatan di al-Jazeera di barat Enbar, 3 orang pengebom berani mati DAESH serta 48 pengganas dibunuh dan 6 kenderaan bermuatan bom telah dimusnahkan'' menurut kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan itu, dinyatakan bahawa dalam skop operasi tersebut, 13 kampung telah diselamatkan dan ditekankan bahawa operasi akan dijalankan sehingga rantau Rava, yang terletak di sempadan Syria dan dikenali sebagai bandar terakhir di Iraq di bawah DAESH bisa direbut kembali.



Berita Terkait