Bilangan Kematian akibat Gempa Bumi di Sempadan Iraq-Iran Terus Meningkat

Jumlah kematian telah meningkat kepada 530 dalam bencana gempa bumi terbesar dalam 50 tahun terakhir yang berlaku pada petang Ahad di sempadan Iraq-Iran.

847899
Bilangan Kematian akibat Gempa Bumi di Sempadan Iraq-Iran Terus Meningkat

Sedangkan bilangan cedera dalam bencana gempa berukuran 7,3 magnitud ialah 7000 orang.

Masyarakat di kawasan dimana 12 ribu rumah telah hancur, menghabiskan malam-malam mereka di jalan-jalan walaupun udara sangat sejuk.

Presiden Hasan Ruhani, yang melawat zon gempa itu, berjanji bahawa bangunan yang musnah itu akan dibina semula secepat mungkin.

Mereka yang kehilangan tempat tinggal, akan diberikan rumah baru atau bantuan untuk sewa rumah.

Ruhani mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang telah bersolidaritas dengan Iran.



Berita Terkait