Gempa Bumi di Sempadan Iraq-Iran

Dalam bencana gempa bumi berukuran 7,2 magnitud, menurut penentuan pertama, 7 orang terbunuh di Süleymaniye, 328 orang terbunuh di Iran dan lebih dari 2.500 lainnya cedera.

846068
Gempa Bumi di Sempadan Iraq-Iran

Pihak Berkuasa Pengawasan Geologi Amerika Syarikat mengumumkan bahawa telah berlaku gempa berukuran 7.2 magnitud di 32 kilometer sebelah barat daya kota Halabja dekat sempadan Iraq dengan Iran.

Di sempadan Iraq-Iran satu gempa lagi berukuran 4,8 berlaku pukul 00.33 waktu tempatan. 

Gabenor Daerah Derbendihan Süleymaniye, Nasih Mela Hasan, menyatakan bahawa bencana gempa bumi telah membunuh 4 orang di Derbedihan.

Direktorat Kesihatan Daerah Kelar mengatakan bahawa 2 orang kehilangan nyawa.

Ferhad Tecri, anggota Parlimen Iran yang membuat kenyataan kepada Tesnim News Agency, berkata 155 orang terbunuh di Kasrı Şirin, 155 orang terbunuh di Serpulzihab dan Selas Babacani, dan lebih daripada 1,500 orang cedera selepas gempa bumi itu.

Di bandar-bandar selatan Turki, Diyarbakır, Batman, Mardin, Şırnak, Hakkari, Van dan Muş, para penduduk yang merasakan goncangan berhamburan keluar rumah.



Berita Terkait