Ancaman Daesh untuk Piala Dunia di Rusia

Penyokong pertubuhan pengganas DAESH, mula mengancam akan meledakkan stadium pada Piala Dunia tahun depan yang akan diadakan di Rusia.

Ancaman Daesh untuk Piala Dunia di Rusia

Dalam akaun milik penyokong DAESH dii media sosial, sering menerbitkan poster ancaman untuk Piala Dunia.

Dalam poster baru-baru ini, DEAŞ menggunakan gambar Messi yang sedang menangis darah.

Poster yang menunjukkan bintang Argentina di belakang terali besi itu, bertuliskan 'Anda sedang berperang dengan sebuah negara yang tidak mempunyai kegagalan dalam kamusnya.'

Sedangkan di poster lain, terlihat pengganas DAESH yang sedang menunggu bersebelahan dengan stadium bola sepak di Rusia beserta bahan letupan disebelahnya.

Di poster itu bertuliskan, ''Tunggu....Api Mujahideen akan membakar anda''.

Pada poster lain bertuliskan, 'Kami akan datang ke Rusia', sementara logo Piala Dunia dan bom digambarkan di poster yang lain.

Sebab utama DAESH untuk menyasarkan Rusia, kerana pentadbiran Moscow menyokong rejim Assad di Syria dan adalah dipercayai bahawa serbuan udara sedang dianjurkan untuk pengganas DAESH.

Kira-kira 2,500 orang dari Rusia menyertai DAESH.

Adalah menjadi kebimbangan bahawa orang-orang ini adalah sel-sel tidur dan mereka boleh menyebarkan keganasan di Piala Dunia.

Piala Dunia 2018 akan diadakan di Rusia antara 14 Jun dan 15 Julai di 11 bandar.



Berita Terkait