Serangan Bom di Iraq, 5 Orang Maut
5 orang meninggal dunia dalam dua serangan bom di Baghdad, ibu negara Iraq.
797466

Menurut maklumat yang diterima dari sumber keselamatan, dua buah kereta yang dimuatkan dengan bom di daerah Shurta Er-Rabia dan Abu Tishir di Baghdad telah diletupkan dengan menggunakan kawalan jauh.
Lapan orang cedera dalam serangan serentak itu.
Belum ada yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.