PM Iraq: ''Dalam Beberapa Hari Mosul akan Terbebas dari Daesh''

Perdana Menteri Iraq, Haidar al-Ibadi, menyatakan bahawa dalam beberapa hari Mosul akan terbebas daripada Daesh.

PM Iraq: ''Dalam Beberapa Hari Mosul akan Terbebas dari Daesh''

Pada sidang akhbar harian di ibu negara Baghdad, Ibadi berkata:

''Mosul akan terbebas sepenuhnya dalam masa yang singkat. Dalam beberapa hari kami akan membebaskan sepenuhnya bandar itu daripada Daesh''.

PM Ibadi juga menyinggung Daesh yang melancarkan serangan yang menghancurkan Masjid Agung Nuri dan menaranya, beliau menyatakan bahawa selepas Mosul pulih sepenuhnya, semua monumen bersejarah yang hancur oleh pertubuhan pengganas akan dibina semula.

Terkait krisis antara Qatar dan negara-negara Teluk, Ibadi berkata:

''Kami tidak akan menjalankan peran sebagai pengantara dalam krisis ini. Tetapi kita sedang berusaha untuk mencari cara untuk berkompromi dan menemukan jalan melalui persetujuan antara negara-negara berkenaan.'' katanya.



Berita Terkait