Pertubuhan Pengganas Daesh di Mosul

Pertubuhan pengganas Daesh yang terperangkap didalam kawasan bandar kedua terbesar Mosul di Iraq, mengalami pergolakan terahir mereka.

750249
Pertubuhan Pengganas Daesh di Mosul

Telah diadakan serangan tak diduga di 4 kawasan yang masih tertinggal ditangan Daesh.

Dalam serangan tersebut telah menewaskan sekurang-kurangnya 30 orang serta mencederakan 40 orang.

Banyak ahli-ahli Daesh terbunuh dalam serangan yang diselenggarakan oleh para tentera tersebut.

Operasi yang bertujuan untuk membersihkan bandar Mosul dari pertubuhan pengganas Daesh tersebut, bermula pada bulan Oktober 2016.

Pada Januari 2017 perumahan di kawasan-kawasan timur bandar telah dibersihkan daripada pengganas. 

Sedangkan operasi yang dilancarkan pada bulan Februari, untuk mengambil kembali kawasan-kawasan perumahan di barat Sungai Tigris yang membahagikan Mosul menjadi dua, berada dalam tahap terahir.

Pertubuhan pengganas Daesh yang terperangkap dalam kawasan yang kecil yang mencakup 4 kawasan, tidak boleh menubuhkan apa-apa yang berkaitan dengan dunia luar.



Berita Terkait