Kelaparan dan Wabak Kolera di Yaman

Amaran wabak kolera dan kelaparan di Yaman dari Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)......

742897
Kelaparan dan Wabak Kolera di Yaman

Majlis Keselamatan PBB akan berkumpul untuk membincangkan keadaan manusia di Yaman dalam kelaparan dan wabaak yang disebabkan oleh konflik di Yaman.

Timbalan Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan Stephen O'Brien memberi amaran kepada masyarakat antarabangsa mengenai keadaan di Yaman:

"Krisis tidak datang, bahkan juga tidak bisa kita katakan menunjukkan kepalanya. Krisis di sini, didepan mata kita dan dibayar dengan harga yang berat oleh orang-orang yang tidak berdaya. Yang buruk adalah bahawa semakin meningkatnya kelaparan yang disebabkan daripada konflik yang semakin hebat. Yaman tidak mengalami musim kemarau. Jika tidak ada konflik, juga tidak akan ada kemarau, penderitaan, kelaparan, penyakit dan kematian''.

Stephen O'Brien mengatakan bahawa melebihi 55 ribu kes kolera yang berlaku di Yaman, termasuk 7 juta dalam keadaan kelaparan serta tidak dapat menghantar bahan makanan kepada 17 juta orang.

O'Brien membuat panggilan untuk masyarakat antarbangsa melakukan tindakan untuk memastikan keselamatan rakyat Yaman, mencapai bantuan kemanusiaan ke negara ini dengan kargo dan untuk memastikan pembayaran gaji agar institusi negara ini bisa bangun kembali.



Berita Terkait