England Tingkatkan Tahap Ancaman Pengganas ke Peringkat ''Kritikal''

Perdana Menteri England, Theresa May, mengumumkan bahawa tahap ancaman pengganas di negara ini dinaikkan ke peringkat tertinggi iaitu ''kritikal''.

738203
England Tingkatkan Tahap Ancaman Pengganas ke Peringkat ''Kritikal''

May membuat kenyataan kepada akhbar, beliau mengatakan:

''Kami tidak boleh mengecualikan keberadaan sebuah kumpulan yang berkaitan dengan serangan.'' katanya.

''Berdasarkan siasatan hari ini, tahap ancaman telah diputuskan untuk ditingkatkan dari 'Serius' menjadi 'Kritikal'. Hal ini bukan hanya saja berarti kemungkinan sebuah serangan berlaku namun berarti juga serangan boleh berlaku bila-bila masa.'' tambahnya.

May menambahkan bahawa beliau akan memberi sokongan dan kemudahan agar polis dan pasukan keselamatan boleh melindungi awam.

Tahap ''kritikal'' merupakan tahap tertinggi pada tahap ancaman di England.



Berita Terkait